comscore
Tumpuan :
Nasional

Laluan susur di Bulatan Pudu hala Jalan Sungai Besi ditutup setahun

Bulatan Pudu.

KUALA LUMPUR: Laluan susur di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi akan ditutup sepenuhnya mulai 27 Disember hingga 12 Januari 2025.

DBKL dalam kenyataan berkata, penutupan jalan itu bagi memberi laluan kerja-kerja merobohkan jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).

“Sebagai alternatif pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan lencongan melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Foss, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan kesulitan,” katanya.

Loading...
Terkini