Tumpuan :
Nasional

Lama tidak kelihatan, 2 beradik warga emas ditemui meninggal dunia

KULAI: Misteri dua beradik warga emas tidak dilihat jiran selama beberapa hari lalu, terjawab apabila kedua-duanya ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Mewah di sini, hari ini.

Mayat kedua-duanya ditemukan selepas jiran seorang jiran membuat laporan polis selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee mengesahkan menerima laporan berkaitan kematian sepasang warga emas berusia 65 dan 67 tahun.

“Kes masih dalam siasatan, namun siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah. Setakat ini, ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan menerima panggilan untuk bantuan membuka rumah berkunci pada 12.37 tengah hari.

Katanya, enam anggota Bomba Bomba dan Penyelamat Kulai bersama jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi dan dimaklumkan sepasang warga emas terkunci di dalam rumah.

Menurutnya, tindakan segera diambil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis.

“Operasi tamat pada 1.58 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini