comscore
Tumpuan :
Nasional

Langkawi antara 4 daerah catat cuaca panas tahap satu

LANGKAWI: Langkawi antara empat daerah di Semenanjung diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) iaitu selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga lagi daerah berkenaan ialah Pokok Sena di Kedah serta Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Mengikut kenyataan itu, keempat-empat daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

Di tempat-tempat lain, suhu maksimum harian yang dicatatkan adalah kurang daripada 35 darjah celsius.

Untuk Tahap 2 (Gelombang Haba); suhu maksimum harian adalah melebihi 37 darjah celsius hingga 40 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Manakala bagi Tahap 3 (Gelombang Haba Ekstrem); suhu maksimum harian adalah melebihi 40 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini