comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Perjalanan Proses Pengundian PRU-15

 

Petugas SPR dan anggota polis pengiring melakukan pemeriksaan akhir peti undi, semalam.

KUALA LUMPUR: Seramai 20,853,681 rakyat Malaysia mula menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih 221 Ahli Parlimen dan 117 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang serta Bugaya di Sabah hari ini.

Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang manakala di Sabah dan Sarawak pengundian bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang. SPR membuka sebanyak 8,958 Pusat Mengundi dan 38,348 Tempat Mengundi (Saluran).

6 petang: Pusat mengundi di seluruh negara ditutup. Statistik keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah 70 peratus – SPR

5.30 petang: Semua pusat mengundi di Sabah dan Sarawak ditutup

5.20 petang: Statistik keluar mengundi setakat jam 3 petang ialah 65 peratus. – SPR

Pengundian di 11 pusat mengundi bagi Parlimen Baram digantung disebabkan faktor cuaca – SPR

5 petang: Anggota polis mengiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa turun peti undi dari Dataran Stesen Atas Bukit Bendera untuk dihantar ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang hari ini. Seramai 208 pengundi yang hadir untuk mengundi dan Pusat Pengundi di Puncak Bukit Bendera ditutup pada jam 2 petang tepat.

4.30 petang: Pengundi tidak berpuas hati apabila pusat mengundi di Balai Raya Kampung Melang, di Kuala Pilah ditutup jam 2 petang dan orang awam tidak dibenarkan masuk.

4.10 petang: Orang ramai masih berpusu-pusu ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Malim walaupun keadaan cuaca sudah mula bertukar mendung.

4.04 petang: Pengundi bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai mengeluh apabila terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk mengundi di Porjek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

3.40 petang: Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga jam 5 petang ini.

3.50 petang: Proses pengundian lancar, tiada sebarang provokasi dikesan setakat ini – Ketua Polis Negara

3.30 petang: Statistik keluar mengundi setakat jam 2 petang ialah 58 peratus – SPR

3.30 petang: Calon BEBAS Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali Cleopatra, beramah mesra dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 dan 2

2.55 petang: Jangan percaya dakwaan pakai seluar pendek, selipar tidak dibenar mengundi – SPR

2.50 petang: Dua pengundi warga emas masing-masing di Parlimen Sembrong dan Pulai meninggal dunia di pusat mengundi – SPR Johor

2.45 petang: Statistik keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari ialah 50 peratus – SPR

2.30 petang: Calon PEJUANG Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Bonus.

1.50 tengah hari: Peratusan keluar mengundi di Sabah direkodkan 46 peratus setakat jam 1 tengah hari – SPR negeri

1.30 petang: Calon PEJUANG Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof beratur untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Parlimen Setiawangsa di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Bonus.

1.20 tengah hari: Statistik keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari adalah 42 peratus. – SPR

12.45 tengah hari: Kementerian Kesihatan (KKM) menempatkan dua petugas di setiap pusat pengundian bagi melancarkan proses pengundian individu positif COVID-19: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

12.33 tengah hari: Pengundian bagi DUN Tioman 7 Disember, undi awal 3 Disember, penamaan calon 24 November. – SPR

12.15 tengah hari: Statistik keluar mengundi setakat jam 11 pagi ialah 31 peratus. – SPR

12.10: BANGI: Gabungan politik tunggal dijangka boleh membentuk kerajaan berdasarkan jumlah peratusan mengundi mencecah 20 peratus pada jam 10 pagi dan sekiranya meningkat 7 hingga 10 peratus setiap jam secara konsisten hingga 83 peratus apabila tamat pengundian. Jangkaan itu diberikan kumpulan ahli akademik dan penyelidik sains politik, Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF)

12.00 tengah hari: Jalan Slim River – FELDA Besout sesak dengan kenderaan berikutan ramai warga FELDA pulang untuk mengundi di tanah rancangan Besout dekat Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim.

11.50 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil hadir meninjau keadaan pengundi di Pusat Mengundi PPR Kerinchi yang dikatakan marah-marah kerana terpaksa tunggu lebih 3 jam untuk mengundi.

11.23 pagi: Calon baharu PN bagi DUN Tioman ditentukan selepas pengundian PRU15 hari ini selesai – Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah

11.15 pagi: BN akan bincang dengan pimpinan parti jika wujud kemungkinan bekerjasama dengan parti lain selepas PRU15 – PM Ismail Sabri

11.15 pagi: Statistik keluar mengundi keseluruhan setakat jam 10 pagi ialah 20 peratus. – SPR

11.13 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh Jalan Hamzah, Kota Bharu.

11.05 pagi: Kekalkan momentum suasana aman pengundian tanpa provokasi hingga pengumuman keputusan. – PM Ismail Sabri

11.00 pagi: PM Datuk Seri Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga calon PN DUN Tioman, Md Yunus Ramli, yang meninggal dunia hari ini

10.56 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Langat, Datuk Wira Johan Abd Aziz tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih dengan ditemani isteri, Datin Norsiah Ismail.

10.51 pagi: Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga calon PN Parlimen Arau bagi PRU15 tiba di Pusat Mengundi SK Tambung Tulang, Arau untuk mengundi jam 10.51 pagi.

10.47 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, Tanjong Karang.

10.14 pagi: Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman mengundi bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil.

10.26 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera.

10.15 pagi: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba di di Pusat Mengundi Sekolah Agama Bandar Taman Sri Lambak di Kluang, Johor

10.07 pagi: Calon BN Datuk Datuk Nawi Mohamad yang bertanding atas tiket BN kerusi Parlimen Besut selesai membuang undi di pekarangan di Sekolah Sekolah Kebangsaan Darau, Jertih, Besut

10.00 pagi: Calon Pejuang Parlimen Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Kuala Selangor.

9:46 pagi: – Calon kerusi Parlimen Kimanis mewakili BN, Datuk Mohamad Alamin hadir di pusat mengundi SK Kelatuan Kimanis Sabah

9.40 pagi: Calon Barisan Nasional Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin selesai membuang undi di Pusat Pengundian di SRJKC Chung Hua Ranta’

9:40 pagi: Calon BN Datuk Datuk Nawi Mohamad yang bertanding atas tiket BN kerusi Parlimen Besut tiba di pekarangan di Sekolah Sekolah Kebangsaan Darau, Jertih, Besut

9.40 pagi: Calon BN Ivone Low Yi Wen membuang undi di Pusat Mengundi Daerah di Pasar MPAJ Pekan Ampang.

9.30 pagi: Calon BN Parlimen Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros mengundi di saluran enam di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Molek.

9.30 pagi: Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri, Puan Sri Dayang Juma’ani Tuanku Bujang mengundi di SK Merpati Jepang, Kuching.

9.30 pagi: Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, selesai membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd Yatim, di sini.

9.25 pagi:Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri, Puan Sri Dayang Juma’ani Tuanku Bujang tiba di Pusat Pengundian di SK Merpati Jepang, Kuching.

9.22 pagi: Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di SMK Bandar Kerayong di Bera untuk mengundi

9.15 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama isteri Datin Ruswati Jaafar hadir mengundi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Hutan Kampung.

9.10 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Armishah Siraj selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Langkawi.

9.10 pagi. Calon Barisan Nasional Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin tiba di Pusat Pengundian di SJKC Chung Hua Rantau.

9.00 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar melakukan kunjungan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik

9.00 pagi: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun membuang undi di SMK Dato Haji Mohd Redza Sikamat.

9.00 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjung Malim merangkap Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon sedang membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuala Bikam, Bidor,Perak.

8.55 pagi: Calon BN Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan isteri, Datin Seri Noraini Abdullah tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Naka.

8:50 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan kunjungan ke Pusat Mengundi di Sekah Kebangsaan Seri Anggerik

8.50 pagi : Naib Presiden UMNO yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selesai menjalankan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, Pasir Gudang, Johor.

8.50 pagi: Penyandang Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hock Lam, Kapit.

8.50: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di pusat mengundi SK Taman Maluri bersama isterinya.

8.46 pagi: – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di pi pusat mengundi Madrasah Manbail Ulum, Sungai Nipah Darat.

8.46 pagi: – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selsai menunaikan tanggungjawab mengundi di pi pusat mengundi Madrasah Manbail Ulum, Sungai Nipah Darat.

8.34 pagi: Calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate.

8.34 pagi: Calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate.

8.15 pagi: Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, di sini.

8.11 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin dan ahli keluarga tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7 Kota Damansara, Sungai Buloh untuk membuang undi.

8.10 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang untuk membuang undi.

8.04 pagi: Calon BERSATU Datuk Rosol Wahid yang bertanding atas tiket PAS menjadi individu pertama yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman

7.55 pagi : Calon PN Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bersama isteri, Datin Seri Nomee Ashikin di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ihtidayah Tambun Height.

7.55 pagi : Calon PN Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bersama isteri, Datin Seri Nomee Ashikin di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ihtidayah Tambun Height.

7.50 pagi: Calon BERSATU Datuk Rosol Wahid, yang bertanding atas tiket PAS tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman.

7.40 pagi: Pengundi mula beratur di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, Sabah

7.39 pagi: Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani tiba ke SJK (T) Saraswathy

7.30 pagi : Pengundi sudah memenuhi perkarangan Dewan Orang Ramai Dato Razali Ampang, Selangor

7.30 pagi: Waktu mengundi bagi Sabah dan Sarawak bermula

7.20 pagi: Pengundian kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan selepas kematian calon PN – Pengarah SPR Pahang

6.40 pagi: Petugas SPR membawa peti undi ke Pusat Mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera

Loading...
Terkini