Tumpuan :
Nasional

Lapan maut kemalangan dua kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo

Oleh: Kadir Edison

SARIKEI: Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan pacuan empat roda di Jalan Sarikei-Sibu dekat lebuhraya Pan Borneo di sini.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa yang maut tersebut merupakan lelaki yang menaiki Perodua Alza.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang lalu mengarahkan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei untuk ke lokasi kejadian.

“Komander operasi lapor kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dengan sebuah pacuan empat roda dengan dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan Kemeterian Kesihatan (KKM) yang telah berada di lokasi kejadian.

“Terdapat lapan mangsa menaiki Perodua Alza dengan mangsa tercampak keluar dari kenderaan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala enam mangsa masih tersepit dalam kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota terlibat mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamatan khas dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai KKM di lokasi.

Katanya, tujuh daripada mangsa yang maut dikenalpasti sebagai warga Indonesia manakala seorang lagi merupakan warga tempatan.

Mayat kesemua mangsa kemudianya diserahkan kepada polis untuk tindakkan selanjutnya dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini