comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapan PATI ditahan cuba sembunyi di perkampungan Orang Asli

Operasi yang bermula pukul 2 pagi itu dilaksanakan hasil risikan dan kerjasama beberapa agensi berkaitan. – FOTO: Ihsan Jabatan Imigresen Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba bersembunyi di perkampungan Orang Asli di Gua Musang menerusi Ops Bersepadu yang dijalankan pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata kesemua pendatang yang ditahan itu berumur 20 hingga 30 tahun, terdiri lima lelaki dan dua wanita warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Nepal.

“Operasi yang bermula pukul 2 pagi itu dilaksanakan hasil risikan dan kerjasama beberapa agensi berkaitan. Sebanyak 28 premis dan 62 warga asing serta tempatan diperiksa.

“Sebanyak 67 pegawai dan anggota itu terbabit dalam operasi itu yang dilakukan di sekitar perkampungan Orang Asli di Kampung Brooke Lama, Kampung Sangwai B, Kampung Sangwai C, Kampung Sendrop dan Kampung Sigar, Gua Musang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini