comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapor sekiranya tidak menerima amaun penuh BAP – Fadhlina

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KAJANG: Ibu bapa yang tidak menerima bayaran penuh sebanyak RM150 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024, diminta untuk tampil membuat laporan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dan sekolah yang dikesan memotong BAP juga perlu memulangkan amaun yang sepatutnya kepada ibu bapa.

“Kalau ada pemotongan kita minta lapor pada kita terus untuk kita siasat, sepertimana yang saya sebut ia mestilah jumlah yang diberikan sepenuhnya.

“Kalau ada aduan itu kita minta kemukakan dan kita akan siasat, dan jumlah itu mesti dikembalikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan di SMJK Yu Hua, hari ini.

Fadhlina menyerahkan cek cura berjumlah RM127,311,600 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, untuk diagihkan kepada 10 pejabat pendidikan daerah (PPD), melibatkan 933 sekolah di sekitar Selangor.

Proses pengagihan Bantuan Fasa 1 yang memanfaatkan 848,744 pelajar Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 ini akan berakhir pada 9 Februari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini