comscore
Tumpuan :
Nasional

Laporan tanah runtuh Batang Kali sedia didedah kepada waris mangsa

Lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Disember tahun lalu.

AMPANG: Kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor kepada waris mangsa, sekiranya menerima permohonan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan terbabit disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Laporan daripada JMG sudah disediakan. Kalau ada permohonan kita boleh keluarkan secara bertulis.

“Insya-Allah, saya akan bawa ke mesyuarat EXCO dalam masa terdekat untuk kenal pasti mana punca kuasanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di sini, hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini