comscore
Tumpuan :
Nasional

Larangan Eksport Ayam Dijangka Ditamatkan Pada 31 Ogos 2022

PETALING JAYA : Larangan mengeksport ayam dari negara ini ke luar negara dijangka akan ditamatkan pada 31 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan perkara itu sebagai maklum balas kepada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Larangan eksport ayam dijangka akan ditamatkan pada 31 Ogos.

Menurutnya, kerajaan menetapkan larangan eksport itu untuk sementara dan langkah itu dijadual tamat pada 31 Ogos

Kerajaan sebelum ini melarang eksport sehingga 3.6 juta ayam sejak 1 Jun dalam usahanya menangani isu bekalan dan harga.

Larangan itu dikuatkuasakan berikutan aduan kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam, dengan sebilangan peniaga menjual ayam melebihi harga siling bagi membiayai kos.

Dalam menangani masalah harga ayam yang meningkat, kerajaan menetapkan harga siling baru RM9.40 bagi setiap kilogram ayam standard bermula 1 Julai.

Bagaimanapun pemain industri ayam di Malaysia menggesa kerajaan supaya menarik balik larangan eksport ayam atau mereka akan mengalami kerugian kerana kehilangan pasaran Singapura.

Loading...
Terkini