comscore
Tumpuan :
Nasional

Lari tinggalkan kenderaan dipenuhi tong berisi diesel selepas diserbu KPDN

Beberapa tong plastik berisi diesel ditemukan dalam kereta. FOTO: Ihsan KPDN

TANAH MERAH: Kegiatan penyelewengan petrol dijalankan seorang lelaki di beberapa stesen minyak di sini, berjaya dipatahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan ketika serbuan Op tiris, 6.30 pagi semalam.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, suspek dikesan ketika membuat pengisian berulang di beberapa stesen minyak di Tanah Merah dan diekori pasukannya.

“Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kemahang, pasukan kami menyerbu dan suspek yang ketika itu sedang membuat pengisian, terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan meninggalkan kenderaannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, kereta yang ditinggalkan penuh dengan tong plastik dengan 90 liter diesel sempat diisi.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini