Tumpuan :
Nasional

Latihan pengiring orang kenamaan; penduduk Taiping dinasihatkan tidak gusar

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail

Oleh: Kumaran Rajamoney

TAIPING: Polis menasihatkan penduduk agar tidak gusar dan bimbang dengan insiden tembak-menembak di sekitar kawasan Taiping mulai esok hingga 2 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah sebahagian dari program latihan pengiring orang kenamaan dan ‘covert manouvre’ yang dijalankan Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kem Sungai Udang, Melaka.

“Latihan tersebut melibatkan seramai 45 orang termasuk pegawai, jurulatih dan peserta kursus. Ia akan melibatkan senjata api (pistol Glock) dan senjata panjang (M4 carbine) berserta peluru sebanyak 8 butir (blank) setiap seorang.

“Peluru yang digunakan adalah bagi tujuan latihan dan tidak akan mengancam keselamatan awam,” katanya.

Terdapat beberapa buah jalan yang akan ditutup sementara ketika latihan dijalankan.

Justeru, orang ramai katanya dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan mematuhi arahan pihak polis bagi melancarkan latihan dan pergerakan lalu lintas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini