comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor, Kamri timbalan

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN Ke-15.

Namanya, dicadangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan disokong ADUN Banting, V Papparaidu.

Weng San menerima 34 undi bertulis menggantikan penyandang Ng Suee Lim.

Beliau kemudian mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN Selangor.

Pada masa sama, ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin dilantik sebagai timbalan speaker.

Terdahulu, dewan itu melakukan undi sulit yang memerlukan semua ADUN menulis sokongan dan menandatangani kertas undi berkenaan.

ADUN Sijangkang, Datuk Ahmad Yunus Hairi turut bangkit mencadang nama Mohd Fuad Mohd Salleh sebagai Speaker DUN Selangor namun mendapat 22 undian.

Loading...
Terkini