comscore
Tumpuan :
Nasional

45 rumah musnah terbakar 

Kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau, awal petang tadi. – Foto ihsan JBPM

TAWAU: 45 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, dekat sini, awal petang ini.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dikatakan bermula dari sebuah rumah di atas perkampungan atas air itu sebelum merebak dan memusnahkan kediaman berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

“Mengikut laporan awal yang diterima, mendapati lebih sepuluh rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Jemishin berkata seramai 26 anggota bersama buah jentera, lori tangki air, dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sebaik tiba, didapati api sedang merebak dengan cepat berikutan keadaan struktur rumah yang diperbuat daripada papan selain kedudukan rapat antara satu sama lain.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera, pili bomba berhampiran dan air terbuka,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini