Tumpuan :
Nasional

Lebih 10,000 kes penyakit bawaan air dilaporkan di PPS

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maktab Rendah Sains Mara MRSM Tumpat hari ini.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

TUMPAT: Sebanyak 10,272 penyakit bawaan air dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, jangkitan saluran pernafasan mencatatkan angka tertinggi

“Sehingga 6 Disember, pihak KKM telah mengesan 6,730 kes Acute Respiratory Infection (ARI), 3,021 kes jangkitan kulit, 298 kes Acute Gastroenteritis (AGE), 190 kes Konjunktivitis, 20 kes Chicken Pox dan 13 kes Hand Foot and Mouth Disease (HFMD)”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan di PPS di Maktab Rendah Sains Mara MRSM Tumpat hari ini.

Tambahnya, setakat ini tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan.

Dr Dzulkefli turut memaklumkan, sebanyak 121 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir di seluruh negara.

“77 di Kelantan, 30 di Terengganu, 9 di Kedah, dua di Negeri Sembilan dan di Pahang, dan satu di Perak. Daripada jumlah 121 fasiliti kesihatan ini, 56 adalah Klinik Desa (KD), 34 Klinik Kesihatan (KK), 19 Klinik Pergigian (KP), lima (5) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), enam (6) hospital, dan satu (1) Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).”

Menurutnya 87 fasiliti kesihatan telah beroperasi dan 31 fasiliti kesihatan berpindah perkhidmatan kesihatan ke fasiliti alternatif.

“Hanya terdapat tiga 3 fasiliti tidak beroperasi kerana masih dalam proses pembersihan. Orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini