Tumpuan :
Nasional

Lebih 12,000 masih berlindung di PPS di Sarawak

Foto hiasan

KUCHING: Jumlah penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak masih melepasi angka 12,000.

Setakat jam 8 pagi ini, seramai 12,321 daripada 3,685 keluarga masih berada di 63 PPS.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding seramai 12,862 daripada 3,771 keluarga pada jam 5 petang semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 12,115 orang adalah mangsa banjir manakala 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Bintulu manakala 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini