comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 2 juta dos vaksin COVID-19 sudah luput

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,796,638 dos stok vaksin COVID-19 pelbagai jenama yang disimpan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan sudah luput setakat 28 Februari lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata angka itu merangkumi 3.27 peratus daripada jumlah keseluruhan vaksin yang diterima kerajaan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Kerajaan terikat dengan ‘Non-Disclosure Agreement’ (NDA) iaitu syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin.

 

“Maklumat terperinci setiap perjanjian tidak boleh didedahkan termasuklah harga vaksin,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Taiping) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah vaksin COVID-19 yang sudah luput termasuk jumlah kerugian dari segi kos pembelian.

Dr Zaliha berkata, kos perolehan bagi setiap jenis vaksin sudah dijelaskan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 yang diadakan pada 2 Ogos 2021.

Loading...
Terkini