comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Karnival Jom Heboh

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SHAH ALAM: Lebih 20,000 pengunjung hadir di Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda di Shah Alam, Selangor setakat jam 2 petang tadi.

Buat julung kalinya, Kerajaan Selangor berkolaborasi menganjurkan KJH menerusi Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor.

FOTO: NSTP

Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan dan sukan menjadi medan mendekati golongan muda serta memupuk semangat masyarakat majmuk dianjurkan.

FOTO: NSTP

Pengurus Besar (Activation) Media Prima Omnia Eileen Lim berkata, lebih 100 jualan disediakan di tapak karnival.

“Tahun ini kali pertama Jom Heboh dianjurkan untuk tiga hari ini memang penuh dengan hadiah semua pengunjung dan konsert dua malam yang sangat gempak dengan artis terkenal, jumlah artis dan selebriti lebih 50 orang” katanya kepada Buletin TV3 di tapak Karnival Jom Heboh di sini hari ini.

– FOTO: NSTP

Bersempena sambutan ulang tahun TV3 tahun ini juga, pelbagai aktiviti yang istimewa disediakan seawal 9 pagi, antaranya pameran kereta Fast X, pameran Anime, pertandingan Cosplay serta jualan eksklusif cenderahati ulang tahun TV3 ke-39.

Loading...
Terkini