comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lebih 300 kanak-kanak didera di pusat jagaan 

Oleh Ain Shafiqah Zaki 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 336 kes penderaan kanak-kanak di rumah pengasuh dan pusat asuhan dilaporkan pada 2021 hingga 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata jumlah itu membabitkan kes di pelbagai kategori termasuk rumah pengasuh, taska berdaftar, pusat asuhan, taska tidak berdaftar dan tadika.

Selain itu, beliau berkata, jumlah penderaan fizikal yang diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepanjang tahun lalu, masing-masing adalah 679 dan 622 kes bagi kanak-kanak lelaki serta perempuan.

“Ini tanggungjawab semua masyarakat, saya ingin mengajak semua mengadakan program berunsurkan nilai untuk mewujudkan ekosistem bagi membolehkan semua masyarakat mempunyai kesedaran dan membantu jika berlaku penderaan.

“Kalau ada kes penderaan yang berlaku, hubungi segera talian 15999. Saya nak bagi contoh, banyak kes penderaan berlaku sejak kebelakangan ini dan berterima kasih kepada pegawai kita kerana cepat bertindak,” katanya semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Loading...
Terkini