comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 34,000 pelajar duduki SPM 2023 di Sarawak

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr. Azhar Ahmad menyantuni calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

KUCHING: Seramai 35,885 calon mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak, bagi tahun 2023 yang bermula hari ini hingga 7 Mac depan.

Kesemua calon berkenaan menduduki peperiksaan terbabit di 257 pusat peperiksaan membabitkan seramai 2,531 petugas bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan terbabit.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr. Azhar Ahmad berkata, tahun ini turut menyaksikan terdapat seramai 149 calon yang menduduki peperiksaan merupakan calon yang mempunyai keperluan khas.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) juga telah mengenalpasti beberapa pusat peperiksaan yang mempunyai risiko banjir sekaligus melaksanakan persediaan untuk menghadapi bencana terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini JPNS masih tidak menerima sebarang laporan berkenaan situasi terbabit di Sarawak.

“Kita juga telah menasihati calon terlibat serta ibu bapa atau penjaga untuk melakukan persediaan awal agar bencana terbabit tidak menjejaskan keperluan mereka untuk menduduki peperiksaan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanat kepada calon SPM di Sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini.

Katanya, segala persiapan bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir telah dilaksana termasuk menasihati setiap calon untuk tinggal di asrama sekolah atau di rumah saudara terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini