comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 4,000 Jawatan Kosong Ditawar Dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja AKM Kedah

ALOR SETAR: Golongan belia di negeri ini diseru mengambil peluang mengintai tawaran pekerjaan yang ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung dari 2 hingga 4 September ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah Mohamad Haron Othman berkata terdapat lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi karnival itu dengan sebanyak 35 majikan telah mengesahkan penyertaan.

“Semua jawatan daripada operator pengeluaran sehingga jawatan eksekutif serta jurutera. Temu duga terbuka dijalankan pada sesi karnival ini berlangsung,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Haron berharap golongan belia tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival itu di perkarangan Stadium Darul Aman di sini untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan tersebut dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Beliau berkata penganjuran karnival sedemikian yang menawarkan peluang pekerjaan juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pelaburan di Kedah. – BERNAMA

Loading...
Terkini