comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lebih 500 NGO tuntut Ahli Parlimen akur kerajaan perpaduan

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR : Semua Ahli Parlimen di negara ini digesa agar akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Penaung Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO Bergabung dan Bersekutu NNBB, Dr Hassan Hamzah berkata mana-mana pihak yang ingkar arahan tersebut boleh dianggap sebagai menderhaka kepada baginda tuanku.

Katanya, kesemua 588 NGO di bawah gabungan itu tidak sesekali membiarkan Parlimen terus tergantung ekoran keengganan wakil rakyat untuk bekerjasama antara mereka.

“Kami beri amaran, jangan setelah dilantik jadi wakil rakyat pada PRU15 mereka derhaka pula kepada Tuanku.”

“Ini bukan masanya untuk kita berpolitik kepartian, bangsa mahu pun wilayah. Oleh itu semua pihak perlu akur kepada titah Seri Paduka tanpa mengira bangsa atau agama mereka,” katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn di sini, tadi, malam tadi.

Tambahnya, Agong boleh mengisytiharkan darurat menerusi Perkara 150 seperti yang diperkatakan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Difahamkan, gabungan NGO itu dijangka menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada esok bagi menuntut semua Ahli Parlimen akur dengan pembentukan kerajaan perpaduan.

Loading...
Terkini