comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 800 SJR Dikuatkuasakan Bermula 1 Jun

Foto hiasan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui satu kenyataan hari ini, memaklumkan lebih 800 sekatan jalan raya (SJR) dikenakan bermula 1 Jun, susulan pengumuman pelaksanaan ‘total lockdown’ Fasa Pertama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sekatan jalan raya di seluruh negara ditambah daripada 600 sebelum ini, kepada lebih 800 SJR bermula 1 Jun ini.

“70,000 anggota polis dan agensi dibawah KDN akan ditugaskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh berkuat kuasa.

“Jumlah anggota Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP juga akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota,” katanya

KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘total lockdown’ kali ini.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Loading...
Terkini