comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 8000 pegawai dan anggota polis Johor bertugas sepanjang PRU-15

Foto NSTP – Hamzah Zainudin ketika hadir Sesi Taklimat Persediaan Banjir dan PRU15 di Maktab Teknik PDRM

MUAR: Seramai 8,526 pegawai dan anggota polis kontinjen Johor dikerah sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia akan turut membabitkan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti RELA.

Selain itu, katanya, KDN melalui Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu (JKPB) sudah turut bersedia bagi sebarang risiko banjir.

“Seramai 4,000 pegawai dan anggota polis dari 13 daerah dikerah selain 134 aset PDRM termasuk 29 buah bot, 40 buah lori dan 65 buah kenderaan pacuan empat roda diatur,” katanya

Beliau berkata demikian selepas taklimat persediaan banjir dan PRU-15 di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia, Bakri, Muar.

Tambahnya lagi, setakat ini sebanyak 130 laporan polis diterima membabitkan kempen PRU-15 di negeri Johor.

Loading...
Terkini