comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 98% pelaburan HRD Corp menguntungkan

KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengaut keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta sehingga Disember 2023.

Jumlah itu melibatkan 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.6 bilion.

Dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media, hanya 1.3 peratus atau RM49 juta daripada keseluruhan portfolio pelaburan agensi itu yang mencatatkan kerugian tidak nyata.

Selain itu, keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 30 Jun 2023 pula adalah RM56 juta manakala keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 31 Disember 2023 adalah RM106 juta.

Dalam nota yang sama, pihak pengurusan HRD Corp menegaskan, mereka sentiasa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan termasuk segala bentuk permohonan kelulusan pelaburan mesti dilampirkan dengan kertas analisis.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini