comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lebih tujuh jam padamkan kebakaran hutan lima hektar di Merang

 

SETIU: Kebakaran hutan seluas lima hektar yang tercetus di kawasan Merang, di sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, awal pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata operasi memadam itu berakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Kuala Nerus, Jalan Kota, Wakaf Tapai dan Besut terbabit dalam operasi yang bermula pada jam 7 petang.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan seluas lima hektar di kawasan Merang. FOTO: Ihsan JBPM

“Kita menggunakan kaedah ‘relay pumping’ iaitu kaedah pemadaman dari pam angkut ke pam jentera dan pemadaman menggunakan teknik ofensif bagi memadam serta mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran membabitkan kawasan seluas lima hektar itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

“Punca kebakaran hutan itu masih dalam siasatan, namun kita tidak menolak kemungkinan ia disebabkan faktor cuaca panas,” katanya.

Mohd Mazimi berkata, pihaknya tetap membuat pemantauan walaupun kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kerana bimbang kawasan berkenaan terbakar semula memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian sama berulang.

Loading...
Terkini