comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebuhraya PLUS Asun-Jitra dilanda banjir

FOTO: APM

Oleh: Selwam Arjunan

KUBANG PASU: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS ) dari Asun ke Jitra, di sini, dilanda banjir kilat sejauh hampir satu kilometer (km) susulan hujan lebat petang tadi.

Keadaan itu juga menyebabkan lalu lintas di kawasan berkenaan perlahan kerana sukar dilalui kenderaan ringan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapt (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, pemantauan pihaknya mendapati di Km 22.5, Lebuhraya Plus iaitu Jalan Asun menuju selatan ke Jitra dinaiki air kira-kira jam 3.55 petang.

FOTO: APM

“Radius terjejas adalah 0.5 hingga 1km.

“Ia susulan hujan lebat sejak pagi sehingga petang di beberapa kawasan menyebabkan paras air meningkat.

“Pemantuan banjir kilat menunjukkan tren air semakin menaik.

“Hasil pemantauan menunjukan air telah menaiki ke jalanraya dan lalu lintas kenderaan agak perlahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota APM di lapangan masih membuat pemantauan dan berada dalam keadaan siap sedia.

Mereka juga melalukan pengawalan lalu lintas bagi melancarkan trafik yang tinggi dari Bukit Kayu Hitam, khususnya kenderaan yang pulang bercuti dari Thailand.

Tiada rumah terjejas setakat ini dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini