comscore
Tumpuan :
Nasional

Leka kaut hasil laut negara, 10 warga Indonesia ditahan Maritim

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

TANJONG KARANG: Leka mengaut hasil laut negara, dua bot nelayan dikendalikan 10 warga Indonesia termasuk dua tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dalam kejadian jam 3.45 petang itu pihaknya yang menjalankan Op Ehsan, Op Murni, Op Tiris 3.0 dan Op Sakau mengesan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran pada kedudukan 30 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak.

Pada masa sama, satu lagi bot turut dikesan di lokasi berhampiran dan Maritim Malaysia berjaya menahan seorang tekong bersama empat awak-awak.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun dan mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain itu, dianggarkan kira-kira 400 kilogram ikan campur berada di atas dua bot tersebut hasil daripada aktiviti penangkapan ikan yang menggunakan rawai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

Beliau berkata, bot dan semua suspek diiring ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Muhaimin memaklumkan pihaknya berjaya menahan empat warga Indonesia di perairan Sekinchan, kelmarin.

“Dalam kejadian jam 1.15 petang, Maritim Malaysia menahan bot dinaiki suspek pada kedudukan 28.8 batu nautika barat daya Sekinchan selepas disyaki melakukan kesalahan iaitu menggunakan mata pukat bersaiz kecil.

“Hasil siasatan mendapati seorang tekong dan tiga kru dipercayai melakukan aktiviti perikanan di perairan negara ini selama tiga hari,” katanya.

Loading...
Terkini