comscore
Tumpuan :
Nasional

Leka tangkap ikan, 5 warga asing ditahan Maritim

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

TANJONG KARANG: Lima nelayan warga asing termasuk seorang remaja lelaki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, semalam ketika leka menangkap ikan di perairan negara ini.

Semua suspek berusia 17 hingga 37 tahun ditahan pada kedudukan kira-kira 13.6 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak, di sini kira-kira jam 2 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, terdahulu pihaknya mengesan bot nelayan tempatan itu semasa melaksanakan rutin operasi.

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati bot dikendalikan seorang tekong bersama empat kru dengan kesemuanya warga Myanmar.

“Mereka tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah serta permit kerja atau surat kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Muhaimin berkata, semua suspek, bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Selangor untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

Loading...
Terkini