comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki 25 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

TEMERLOH: Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas di Kampung Ceruk Puting, Sungai Pahang, dekat sini pada jam 11.35 pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Fairus Anuwar Abdullah melaporkan, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian.

Seorang penduduk kampung menunjukkan tempat dipercayai lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas. – FOTO: NSTP/ Ihsan BBP Bukit Angin

“Kami menerima maklumat lelaki tersebut dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas dan ketika ini operasi mencari dan penyelamat masih dilakukan.

“Seramai lima anggota BBP Bukit Angin dan sebuah jentera memulakan operasi pencarian di sekitar sungai di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin dan Kuantan turut dikerah ke tempat kejadian dan melakukan tindakan mencari dan menyelamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini