comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki diikat, dipukul: Bedah siasat masih menanti keputusan ujian makmal

Tangkap layar video tular kejadian membabitkan kematian seorang lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2, di sini kelmarin.

KAJANG: Polis masih menunggu keputusan ujian makmal membabitkan kematian seorang lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2, di sini kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini lima suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat menunjukkan tiada kecederaan ketara yang boleh menyebabkan kematian. Punca kematian masih dalam siasatan dan masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dia dipukul hingga maut.

Kejadian tragis itu berlaku Selasa lalu, selepas lelaki berusia 42 tahun terbabit yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, di sini sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9.20 malam mengenai kemalangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini