
ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke sungai di Jalan Kampung Wang Tepus di Bukit Tembaga, dekat Pokok Sena, hari ini.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.35 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Kuala Nerang dikejarkan ke lokasi.
Berdasarkan maklumat, mangsa dikhuatiri lemas itu berusia sekitar 40-an.
“Tindakan awal pencarian dilakukan di permukaan air dan operasi selaman akan dilakukan esok,” katanya melalui satu kenyataan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.