comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Foto: Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan usaha pencarian di sekitar muara Sungai Kemena, hari ini.

BINTULU: Seorang lelaki tempatan dipercayai lemas ketika memancing di muara Sungai Kemena, dekat sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Willa Fredo Sabai, 29, dikatakan keluar memancing di kawsan perairan berhampiran dan tidak balik ke rumah sehingga sekarang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi yang terletak di laluan pejalan kaki Bintulu Waterfront di bahagian belakang sebuah pusat beli-belah sejurus menerima panggilan jam 11.16 pagi tadi.

Katanya, laporan polis dibuat ahli keluarga mangsa yang bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa bagi membolehkan usaha pencarian dimulakan.

“Ahli keluarga mangsa turut menemui sepasang selipar dan pakaian mangsa di lokasi terakhir mangsa dilihat, namun gagal menemukan mangsa,” katanya.

Wan Kamarudin berkata, usaha pencarian hari pertama hari ini meliputi kawasan sekitar perairan dan muara sungai dengan menggunakan teknik pencarian secara permukaan.

Turut serta dalam usaha pencarian hari ini termasuk anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

Loading...
Terkini