comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dilapor hilang ketika ke kebun durian ditemui maut

SERIAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika ke kebun durian miliknya di Kampung Lanchang di sini semalam, ditemui maut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, mangsa, Domenick David, 56, ditemui Unit Pengesan K9 Bomba sekitar 9.50 pagi kira-kira empat kilometer dari Kampung Lanchang.

“Mangsa ditemui oleh Unit Pengesan K9 JBPM Sarawak berdekatan rimbunan buluh di tepi sungai dengan anggaran jarak dari kampung ke tempat mangsa dijumpai adalah sekitar empat kilometer.

“Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh anggota polis yang turut serta dalam operasi berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Petang semalam, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa yang pergi le kebun duriannya di kawasan Mirabak di sini pada sebelah pagi, tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa belum dapat dilaksanakan susulan keadaan cuaca hujan dan gelap.

“Operasi SAR dilakukan di kawasan kebun durian yang selalu dipergi oleh mangsa dengan pencarian terbahagi kepada dua kumpulan, di darat kawasan kebun dan di hilir tebing sungai,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini