comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dipercayai dibaham buaya semasa menangkap ikan

Foto hiasan

SRI AMAN: Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya sewaktu menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang Bangkong di Pantu, dekat sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold, 32, bersama tiga lagi rakannya sedang menangkap ikan di tebing sungai berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang Bangkong. – Foto PGO

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman berhubung insiden itu pada jam 7.30 malam.

“Lokasi kejadian difahamkan mengambil masa 40 minit perjalanan dari dari rumah panjang mangsa.

“Usaha dan mencari mangsa bagaimanapun hanya akan dilakukan bermula 8 pagi ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini