PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek berusia 28 tahun ditahan di Setapak, ibu negara semalam.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan suspek kini direman 3 hari bagi membantu siasatan.
Setakat ini terdapat 4 laporan polis diterima berhubung isu sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kes katanya masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.