Tumpuan :
Nasional

Lelaki disyaki bunuh ibu saudara kerana tidak mahu menjaganya lagi

BINTULU: Seorang warga emas maut dipercayai dibunuh anak saudaranya bersama rakan suspek warga asing di kediaman mangsa di Tubau, Sebauh malam kelmarin.

Siasatan awal polis mendapati motif disebabkan suspek enggan menjaga mangsa yang juga seorang wanita berusia 80 tahun yang sudah tua dan uzur.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian jam 8 malam sebelum menahan kedua-dua suspek pada jam 9 malam.

Beliau berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan di kawasan berhampiran dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini