comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki disyaki jual ketum rempuh polis  

Oleh Akmaliah Razak

GUA MUSANG: Seorang lelaki dipercayai penjual daun ketum merempuh seorang anggota polis dalam cubaan meloloskan diri ketika ditahan di Jalan Kampung Batu Papan, Gua Musang.

Bagaimanapun, tindakannya mengundang padah apabila suspek berusia 27 tahun itu gagal melarikan diri selepas motosikalnya terbabas lalu terjatuh di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anggota polis melihat suspek dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan tugasan Ronda Cegah Jenayah.

Katanya, ketika anggota membuat pemeriksaan, suspek bertindak memecut laju motosikalnya lalu merempuh anggota polis sebelum terbabas.

“Rempuhan itu menyebabkan anggota polis berkenaan terjatuh dan cedera di kaki kiri, kepala dan badan.

Suspek hanya cedera ringan.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu plastik berisi daun ketum seberat satu kilogram di dalam raga motosikal terbabit dan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek dipercayai penjual ketum dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkait kes dadah dan tiga kes melibatkan Seksyen (30) (3) Akta Racun,” katanya.

Jelas beliau, suspek direman tujuh hari bermula semalam .

Siasatan kes mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Loading...
Terkini