comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda orang asli

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pemuda Orang Asli di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata sekitar 11 pagi tadi, suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa berusia 22 tahun yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.

“Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Sungai Koyan kemudiannya telah mengesahkan kematian mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut pada 12.30 tengah hari.

“Susulan itu, polis telah menahan lelaki terbabit di balai berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ismail berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar 1 hingga 2 pagi di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini