comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditembak mati selepas serang polis, ugut ibu kandung

Foto hiasan

IPOH: Seorang lelaki ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian di Hutan Melintang, 11.30 malam semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek 44, sebelum itu telah bertindak agresif dengan mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun.

Ujarnya, pihak polis sebelum itu telah menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarganya berhubung suspek yang bertindak agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Setibanya di lokasi, polis telah memujuk suspek untuk memberikan kerjasama, namun dia enggan dan telah bertindak agresif. Suspek turut meletakan parang di tengkuk mangsa dan menuntut pihak polis beredar”.katanya dalam satu kenyataan.

Bimbang dengan keselamatan mangsa, pihak polis sedaya upaya memujuk suspek untuk bertenang, namun dia memeluk sambil mengacukan parang dan gunting kepada mangsa.

Pada masa yang sama, anggota polis memotong pintu jeriji yang dikunci dari dalam.

“Menyedari pihak polis telah berjaya masuk, suspek telah menolak mangsa sehingga jatuh dan pengsan serta membaling kipas angin, sambil menghayunkan parang kepada anggota polis yang cuba menangkapnya.”

“Atas faktor ancaman nyawa yang dihadapi pihak polis, satu das tembakan telah dilepaskan ke arah suspek dan terkena bahagian bahu kirinya. Suspek telah rebah ke lantai dan mangsa berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurut Datuk Seri Mohd Yusri lagi, pihak polis menghubungi ambulans bagi membantu mangsa dan suspek yang cedera sebelum suspek disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini