IPOH: Mayat seorang lelaki ditemui dalam tangki simpanan air di pelantar P5, Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 3.15 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam kenyataan.
Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.