comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kenderaan di Damansara Perdana 

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Bandar Damansara Perdana di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid dalam satu kenyataan media pada Selasa, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 8.40 malam.

“Pada 8 Januari 2024, jam lebih kurang 8.40 malam, Pusat Kawalan Daerah IPD Petaling Jaya telah menerima maklumat melalui MERS 999 dari satu lelaki tempatan dimaklumkan ada orang tidak sedarkan diri dalam sebuah motokar jenis Proton Wira di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan Armanee Terrace, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah menyambungkan wayar hos dairpada ekzos motokar dan memasukkan wayar tersebut ke dalam bahagian motokar,”jelasnya.

Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh (HSB) dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 49 tahun mengunci pintu dari dalam dan tiada unsur jenayah di tempat kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian. Mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Damansara, Petaling Jaya, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan,”katanya lagi.

Loading...
Terkini