comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam longkang

FOTO: Ihsan JBPM Selangor

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam longkang besar di hadapan sebuah premis di Desa Latania, Seksyen 36 dekat sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, dalam kejadian pada jam 11.15 pagi itu, lelaki berkenaan dipercayai warga asing terjatuh dalam longkang berkenaan.

“Usaha menyelamat dijalankan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dengan mayat mangsa dijumpai kira-kira lima meter dari tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing berikutan tiada kesan parut suntikan bacille Calmette-Guerin (BCG).

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini