Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemukan lemas selepas bot dinaiki karam


KAPIT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam bersama dua yang lain ketika dalam perjalanan ke pekan Kapit dari Nangga Benin di sini, ditemui lemas sekitar jam 3.30 petang tadi.

Mayat mangsa Bubut Benang, 57, ditemui terapung berdekatan lokasi bot karam dekat Nangga Makoh di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian Selasa lalu, bot gentian dinaiki mangsa bersama isteri dan seorang pekerjanya telah terlangar batu lalu mengakibatkan bot berkenaan karam.

Jelasnya, kawasan kejadian yang terletak di hilir jeram Pelagus itu mempunyai laluan sungai yang berbatu besar.

Keadaan air di lokasi terbabit juga katanya agak deras sekali gus berbahaya kepada sebarang jenis pengangkutan sungai terutamanya bot-bot kecil.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Wharf Kubu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan jam 4.50 petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini