comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Firman Irwan, 24, dipercayai dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, maklumat berkenaan kejadian diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan pada jam 1.32 petang tadi.

Katanya, menurut pengadu mangsa dibaham buaya ketika memancingdi tepi sungai.

“Bertindak dengan maklumat sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bergegas ke lokasi sejauh 73 kilometer bagi menjalankan operasi mencari dan Mlmenyelamat (SAR).

“Setakat ini mangsa belum ditemui dan pasukan SAR giat menjalankan operasi pencarian di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat operasi SAR akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini