comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang jatuh lombong ditemukan lemas

Lelaki dipercayai terjatuh dalam lombong dekat Sungai Galah kelmarin, ditemukan lemas di Sungai Kinta.- Foto ihsan Bomba

PASIR SALAK: Lelaki yang dipercayai terjatuh dalam lombong dekat Sungai Galah ditemukan lemas di Sungai Kinta, dekat Kampung Gajah, di sini, hari ini, selepas dihanyutkan sejauh 20 kilometer (km) sejak tiga hari lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pasukan penyelamat menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung pada jam 2.20 pagi di Sungai Kinta, kira-kira 20 km dari lombong terbabit, selepas dimaklumkan oleh orang kampung.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sabarodzi memaklumkan, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah diatur gerak ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada polis pada 9.30 malam, Selasa lalu.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, namun mayat mangsa tidak dijumpai. SAR ditangguhkan pada jam 11 malam atas faktor cuaca gelap serta keselamatan.

“Operasi disambung semula pagi Rabu (semalam) dengan bantuan pasukan penyelamat di air dari BBP Teluk Intan meliputi pencarian seluas 30 meter radius, selain surface searching turut dilakukan. SAR ditangguhkan pada jam 6.10 petang disebabkan faktor cuaca hujan.

“Pada jam 2.20 pagi tadi, pihak bomba digerakkan semula ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang kampung yang memaklumkan berkenaan penemuan mayat lelaki terbabit di Sungai Kinta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi, berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan meminta orang awam tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang.

Loading...
Terkini