comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Hill Top ditemukan selamat 

FOTO: APMM Batu Kawan

BATU KAWAN: Selepas hampir seminggu pencarian, seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di Bukit Hill Top, Batu Kawan Pulau Pinang ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Difahamkan Mohammad Azfar Ismail, 29 tahun, keluar bersendirian dari rumahnya di Taman Mutiara, kira-kira 5 petang untuk berjoging dan mendaki Sabtu lalu.

Penemuan Mohammad Azfar disahkan di laman facebook Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan, SPS kira-kira 3.45 petang tadi.

Mohammad Azfar ditemukan dalam keadaan keletihan.

Terdahulu keluarga Mohammad Azfar melaporkan kehilangannya pada 11.59 malam, Sabtu lalu.

FOTO: APMM Batu Kawan

Sebaik menerima laporan usaha mencari dan menyelamat, SAR digerakkan Angkatan Pertahanan Awam, APM Pulau Pinang.

Pasukan keselamatan lain turut membantu antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM serta orang awam.

Usaha pencarian pula diperluaskan kira-kira 5 kilometer daripada lokasi akhir disyaki hilang.

Pencarian juga agak sukar kerana mangsa tidak membawa telefon.

Bukit Hill Top sering menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging pada sebelah petang terutama ketika hujung minggu.

APMM Seberang Prai dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika mendaki bukit bersendirian dan memastikan kawasan dikunjungi sekurang-kurangnya mempunyai liputan telefon dan internet.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini