comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki hina agama Islam ditahan di Cheras – Shuhaily

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertulis Kalimah Allah.

Menerusi kenyataan media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tangkapan dibuat di kawasan Cheras pada semalam.

“Tangkapan disyaki pemilik pengendali akaun Facebook Chiok Wai Loong berumur linkungan 35 tahun telah ditangkap pada 20 Mac 2024 di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

“Permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat hari mulai 21 hingga 24 Mac 2024,” katanya.

Kes dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kes disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Kes masih diperingkat siasatan, PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

“Serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R,” tegasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini