comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki jatuh sungai ditemui mati lemas

FOTO: Ihsan bomba

Oleh: Kadir Edison

BINTULU: Seorang lelaki yang dilaporkan jatuh ke dalam sungai Nyigu, di sini Sabtu lalu ditemui lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sekitar jam 10 pagi tadi.

Mayat mangsa Ilron Dennis, 21, ditemui terapung kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa seterusnya dibawa ke jeti berhampiran bagi proses pengecaman bersama pihak polis yang turut berada di lokasi kejadian.

“Selasai proses pengecaman tersebut, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Komander Operasi turut memaklumkan dengan penemuan itu, operasi SAR mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 10.43 pagi tadi, ”katanya menerusi satu kenyataan.

FOTO: Ihsan bomba

Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam, sabtu lalu, mangsa dilaporkan terjatuh ke sungai ketika melakukan kerja-kerja rutin di atas tongkang berhampiran Jeti Shin, di sini.

Saksi kejadian turut memberitahu terdengar suara mangsa menjerit meminta tolong dari dalam Sungai tersebut, lalu terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun usahanya untuk menyelamatkan mangsa gagal kerana mangsa tenggelam di dasar sunggai, sebelum dibawa arus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini