comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki keletihan daki bukit Batu Putih diselamatkan 

Foto: Ihsan bomba

Oleh Shaharil Kadir

GOPENG: Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang mengalami keletihan melampau ketika mendaki Bukit Batu Putih, di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, JBPP Gopeng menerima panggilan mengenai  kejadian itu kira-kira jam 9.58 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan separuh sedar.

Foto: Ihsan bomba

Pemuda berusia 35 tahun itu dipercayai mengalami keletihan melampau ketika melakukan aktiviti mendaki bersama enam rakannya yang lain.

Foto: Ihsan bomba

Anggota bomba kemudiannya membuat rawatan awal sebelum membawa mangsa turun menggunakan pengusung sejauh kira-kira 300 meter ke kaki bukit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada kakitangan Jabatan Kesihatan untuk rawatan dan tindakan lanjut.

Loading...
Terkini