comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki keluar cari kerang ditemui lemas

FOTO: Maritim Johor

MERSING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, ditemui lemas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mayat Hafiz Nursalam Ahmad, 21, ditemui di perairan Kuala Tenglu kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian pada jam 6.30 petang oleh orang awam yang turut serta dalam operasi pencarian dan mangsa juga telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

FOTO: Maritim Johor

Beliau berkata susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 7.10 malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Hafiz Nursalam yang berasal dari daerah itu sering mencari kerang di kawasan berkenaan namun dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak jam 10 pagi Isnin.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini